fiza damia yummy

Followers

Khamis, 29 September 2011

Kuey Teow Tomyam

 Kuey Teow Tomyam pulak kali ni...Menu makan malam kami sekeluarga untuk malam nie..Simpel je..malas nak masak susah-susah malam nie..resepi main campak-campak je..ikut anak tekak saya dan en.hubby..saya buat tak pedas sangat.untuk en.hubby yg suka pedas kena tambah cili padi.saya sekarang makan pedas je mesti cari toilet..uhuhuhu..tu yang tak sanggup tu.jadi kena la kurang kan pedas..pada sesiapa yang tak mengemari kuey teow boleh tukar kepada mihun..jom layan resepi kat bawah..






BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus kuey teow
  • 5 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 4 s/b tom yam pes
  • 2 s/b tom yam cili pes
  • 2 s/b sos ikan - nampla sos
  • 2 s/b jus limau purut
  • 1/2 mangkuk tauge - dibuang ekornya
  • 2 tangkai daun ketumbar - dihiris
  • 1 batang carrot - dipotong kecil
  • 6-8 batang putik jagung - dipotong kecil
  • Sedikit sotong - dipotong ambil badannya saja
  • Sedikit udang basah - dibuang kulit-tak letak tak ada
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:

  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali
  • tumiskan bahan tumbuk hingga garing
  • kemudian masukkan pes tom yam
  • tom yam cili pes, sos ikan dan jus limau purut, gaul hingga naik hampir garing
  • kemudian masukkan udang basah, sotong dan carrot, gaul rata hingga bahan masak
  • kemudian masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, gaul rata
  • masukkan pula putik jagung dan gaul lagi hingga putik jagung layu
  • masukkan kuey teow sambil terus digaul hingga semua bahan rata
  • akhir sekali masukkan tauge dan daun ketumbar
  • gaul seketika hingga tauge layu.
  • siap di hidang

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi