fiza damia yummy

Followers

Selasa, 10 Mei 2011

Ikan Bawal Stim Ala Thai Dgn Rndang Ayam Siam

 Assalammualaikum...dah makan ke..alhamdulilah saya dah makan.Tiba-tiba je ada tamu tadi call kata nak dtg.Nasib baik masak banyak..Ape2 pon temi kasih ye mas datang lepak tadi kat umah.Aku ni memang tgh boring..Sory la ye mas ko tak ckp awal2 nak dtg dah last minit baru g tau nak dtg.klu tak mesti aku masak khas utk ko.Meleleh air mata makan masakkan aku..dua2 pedas,dah la awak tu tak mkn pedas..Jom la tgk bahan-bahan apa yg digunakan utk masak ikan stim nie.Resipi asal dari Junjs.
 Bahan-bahan:-)
-2Ekor Ikan Bawal Putih
1Batang Serai-Hiris halus
4-5Batang Cili Padi-Hiris Halus
2-3Helai Daun Limau Purut-Saya tak guna
2Keping Asam keping
3Biji Limau Kasturi-Jus
1Sudu teh Gula
1Sudu Sos Ikan
1Sudu Pati Ikan Bilis
1Biji Bawang Besar-Potong Bulat-Resepi asal tak guna
2Ulas Bawang Putih-Ketuk-Resepi asal tak guna
1/2Inci Halia-Hiris-Resepi asal tak guna
Daun Bawang-Hiasan


Cara-caranya:-)
-Panaskan periuk kukus.
-Masukkan sume bahan-bahan dlm loyang kemudian masukkan dlm periuk kukus.Kukus selama 25minit aau hingga masak.
-Bila sudah masak tabur daun bawang atas ikan.





Bahan-bahan:-)
1/2Ekor Ayam-Bersihkan dan potong kecil
Bahan-bahan giling:-)
10Ulas Bawang Merah
4Ulas Bawang Putih
10Biji Cili Padi
10Tangkai Cili Kering
1/2Inci Halia
1/2Inci Lengkuas
1/2Inci Kunyit Hidup
2Batan Serai-Ketuk
2Helai Daun Limau Purut
1Helai Daun Kunyit-Hiris Halus
2Cawan Santan@susu sejat@susu segar
4Sudu Kerisik
Garam n Gula


Cara-caranya:-)
-Panaskan minyak tumis bahan giling hingga pecah minyak dan naik bau.
-Kemudian masukkan ayam kacau lagi.Masukkan sedikit air untuk memastikan ayam masak.
-Masukkan serai,daun kunyit dan daun limau perut.Masukkan juga santan dan kerisik.Masak lagi.Biar sampai kering.Tambahkan guka n garam untuk lebih rasa.Bila sudah kering bolehlah di angkat..




                               .................fiZa DaMia YummY............................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi